COMPUTER NETWORK INSTALLATION
MENGENALI TENTANG
PELBAGAI JENIS RANGKAIAN
PELBAGAI JENIS RANGKAIAN
Apa itu Rangkaian ?
Rangkaian ialah satu sistem yang membolehkan dua atau lebih komputer (peranti pintar) disambungkan untuk tujuan berkongsi, menghantar, menerima data ataupun memasuki Internet.
Terdapat beberapa jenis rangkaian yang ada pada masa kini seperti:
LAN (Local Area Network) yang bermaksud Rangkaian Kawasan Setempat yang merangkumi kawasan fizikal yang kecil, seperti rumah, pejabat, atau sekumpulan kecil bangunan seperti sekolah atau lapangan terbang. Contoh perangkat seperti komputer (peranti pintar), pencetak dan pelayan (server). Secara asasnya terdapat dua jenis sambungan LAN:
ARCnet
Ethernet
- Sambungan terawal dan popular sekitar 1980an.
- Boleh menghubungkan sehingga 255 nod dalam satu rangkaian
- ARCnet Plus mempunyai sokongan sehingga 20Mbps.
Ethernet
- Mula diperkenalakn pada 1980.
- Versi terkini menyokong 10GBps.
Pada tahun 1940-an di Amerika ada sebuah penelitian yang ingin memanfaatkan sebuah perangkat komputer secara bersama. Ditahun 1950-an ketika jenis komputer mulai membesar sampai terciptanya super komputer, karena mahalnya harga perangkat komputer maka ada tuntutan sebuah komputer mesti melayani beberapa terminal.
2. MAN
MAN (Metropolitan Area Network) adalah dua atau lebih LAN yang bersambung dalam kawasan yang sangat luas dan merangkumi beberapa bangunan di dalam sebuah bandar.
3. WAN
WAN (Wide Area Network) ianya mengandungi pelbagai LAN, CAN dan MAN tetapi dalam kawasan yang merangkumi lebih luas tanpa mengira geografi lokasi seluruh dunia.
4. Wi-Fi
- Wi-Fi (Wifi) merupakan rangkaian untuk kawasan setempat tanpa tanpa wayar menerusi WLAN iaitu Wireless Local Area Network.
- Rangkaian ini membenarkan alat elektronik untuk bertukar data atau bersambung ke internet dengan menggunakan gelombang radio 2.4 GHz UHF dan 5 GHz SHF.
- Nama Wi-Fi sering dianggap sebagai singkatan wireless fidelity yang bermaksud kesetiaan tanpa wayar.
- Kebiasaannya rangkaian ini terdapat di restoran dan hotel.
- Wi-Fi mula diperkenalkan menerusi produk-produk tanpawayar pada penghujung tahun 1998.
- Penggunaan Wi-Fi adalah merujuk kepada sistem rangkaian pautan tanpa wayar yang menggunakan hubungan jalur lebar (broadband), titik capaian (access point) dan kad Wi-Fi (Network Interface Card, NIC) yang pasang di dalam komputer bagi membolehkan pengguna berkongsi fail dan pencetak serta melayari internet sama seperti rangkaian LAN biasa.
5. WiMax
WiMax (Worldwide Interoperability for Microwave Access) ialah satu teknologi komunikasi yang bertujuan menawarkan data wireless melalui jarak jauh dalam pelbagai cara, sama ada capaian titik ke titik atau capaian jenis selular mobil penuh. WiMax juga dipanggil WirelessMAN. Fungsinya ialah:
- Menghubungkan hotspot Wi-Fi dengan satu sama lain dan tempat-tempat lain di Internet.
- Menyediarkan alternatif wayarles kepada kabel dan DSL untuk capaian jalur lebar jarak paling jauh.
- Menyediakan perkhidmatan data dan telekomunikasi berkelajuan tinggi.
Nama "WiMAX" direka oleh Forum WiMAX yang diasaskan pada Jun 2001 untuk memupuk kepatuhan dan saling kendali dalam piawaian berkenaan. Forum ini menyifatkan WiMAX sebagai "tekonologi berasaskan piawaian yang membolehkan penyampaian capaian jalur lebar wayarles 'jarak paling jauh' sebagai alternatif kepada kabel dan DSL".
6. Infrared
- Inframerah atau dalam Bahasa Melayu bermaksud sinar inframerah adalah gelombang inframerah dan milimeter digunakan dengan meluas sebagai saluran komunikasi jarak dekat seperti penggunaan alat kawalan jarak jauh (remote control) bagi televisyen, radio dan sebagainya.
- Sinar inframerah juga ialah sinaran elektromagnet yang panjang gelombangnya lebih daripada cahaya nampak dan kurang dari mikrogelombang, iaitu di antara 700 nm dan 1 mm.
- Kemudahan media bergelombang inframerah dan milimeter ini boleh digunakan di dalam sesebuah organisasi atau rangkaian kawasan setempat (local area network, LAN).
- Pengguna boleh memasang pemancar dan penerima gelombang infra merah dalam rangkaian mereka.
- Penyambungan komputer yang berupaya menerima pakai inframerah dan milimeter dapat digunakan dalam sesebuah LAN tanpa penyambungan secara fizikal terhadap komputer-komputer berangkaian yang ada.
7. Bluetooth
- Bluetooth juga ialah teknologi rangkaian tanpa wayar (wireless) terbuka untuk penukaran data pada jarak dekat (menggunakan gelombang radio julat pendek) dari alat-alat mudah alih dan tetap.
- Mencipta rangkaian kawasan persendirian (PAN) dengan tahap keselamatan tinggi.
- Bluetooth versi terkini ialah 5.0, semakin tinggi versi Bluetooh, semakin cepat proses penghantaran dan penerimaan data.
- Bluetooth dikenal pertama kali pada tahun 1999 yang dipromotori oleh 5 perusahaan besar yaitu Ericsson, IBM, Intel, Nokia, dan Toshiba. Jarak rangkaian Bluetooth yang terbatas kini sekitar 10-15 meter.
- Bluetooth juga dikategorikan sebagai sebuah teknologi komunikasi tanpa wayar yang beroperasi dalam pita frekunsi 2.4GHz,
Itu sahaja untuk blog kali ini,
Silakan komen untuk lebih penambahbaikan dan blog ini akan sentiasa update dari masa ke semasa.
Sekian, Terima Kasih😁.
����
BalasPadamMantap mudah d fahami👍
BalasPadamWahh amat brguna dn mudah difahamii
BalasPadamnota yang berguna👍🏽
BalasPadam