PENGURUSAN SWITCHING DAN ROUTING


Apakah itu rangkaian?
Rangkaian ialah sekumpulan komputer yang dihubungkan untuk berkongsi perkakasan , perisian dan maklumat dan mampu berkomunikasi antara satu sama lain. Rangkaian biasanya terdapat dalam organisasi besar atau bangunan-bangunan berdekatan dan setiap rangkaian dihubungkan dengan sejenis perkakasan seperti:
  • Hub
  • Switch
  • NIC (Network Interface Card)
  • Router
  • Modem/Broadband
  • Computer/Laptop/Smartphone/Tablet
  • Cable/Wireless
Apakah kepentingan rangkaian?
  1. Untuk memudahkan proses perkongsian ataupun pehantaran data/maklumat atau fail.
  2. Untuk memudahkan proses pencetak melalaui rangkaian dan memantau kamera CCTV.
  3. Untuk melakukan proses penyimpanan dan backup data dalam talian (Internet).
  4. Untuk berkomunikasi dan membuat panggilan video secara ramai dalam Internet.




Prinsip asas dalam komunikasi rangkaian?

Proses penghantaran mesej yang membawa maklumat di mana kedua-dua komputer boleh berkomunikasi dengan satu sama lain jika kedua-dua keadaan berikut ada:

  1. Penterjemahan data ke dalam isyarat yang boleh dihantar antara kedua-dua komputer.
  2. Menyediakan saluran komunikasi di antara kedua-dua komputer untuk menghantar & menerima isyarat melaluinya.



5 Elemen utama didalam model komunikasi rangkaian:

  1. Sumber >  Peranti yang menjana data untuk dihantar. Contohnya, telefon pintar dan komputer.
  2. Pemancar > Mengubah dan mengkodkan maklumat yang dihantar mengikut keperluan sistem.
  3. Sistem Penghantaran > Sumber yang menyambungkan sumber ke destinasi.
  4. Penerima > Menerima isyarat daripada sistem penghantaran dan mengubahnya kepada bentuk yang boleh dikendalikan oleh peranti di destinasi.
  5. Mengambil data yang diterima daripada penerima.




Fasa-fasa komunikasi dalam rangkaian.

Fasa 1: Device 1 akan menyemak kewujudan Device 2 dalam rangkaian dengan menghantar mesej khusus (enquiry).  Jika link/pautan aktif dan Device 2 aktif, Device 2 akan menghantar respon dengan menghantar mesej acknowledgement (ACK). Device 1 akan menjejaki masa yang diperlukan oleh Device 2 untuk memberi maklumbalas.
 Sekiranya Device 2 tidak memberi respon dalam selang masa yang telah ditetapkan oleh protocol, Device 1 akan mengannggap bahawa pautan sudah tidak aktif.  Transmisi ini disebut ralat time-out.


Fasa 2 : Device 1 akan menghantar mesej kepada Device 2 dalam bentuk format yang telah ditetapkan untuk memberitahu Device 2 bahawa fail akan dihantar.  Device 1 akan memberitahu Device 2 perkara yang harus dilakukan dengan fail tersebut.  


Fasa 3 : 
Jika Device 2 telah menerima arahan daripada Device 1 dan boleh melaksanakan arahan tersebut, Device 2 akan menghantar mesej ACK.  Mesej ini akan memberitahu Device 1 bahawa ia boleh meneruskan tindakan selanjutnya untuk menyelesaikan perintah. Sekiranya Device 2 tidak dapat bertindak ke atas arahan daripad Device 1, ia harus memberi respon dengan mesej ralat(negative acknowledgment).  Respon mesej ralat akan memberitahu Device 1 agar tidak meneruskan tindakan atau proses.


Fasa 4 : 
Semua mesej dan perintah perlu dipecahkan kepada saiz paket yang mudah dikendalikan untuk penghantaran.  Sekiranya berlaku ralat, hanya paket yang terlibat sahaja perlu dihantar semula bukannya keseluruhan mesej.  Apabila Device 1 menghantar fail yang besar kepada Device 2, fail akan dipecahkan kepada paket-paket dan dihantar paket demi paket.  
Semua mesej dan perintah perlu dipecahkan kepada saiz paket yang mudah dikendalikan untuk penghantaran.  Sekiranya berlaku ralat, hanya paket yang terlibat sahaja perlu dihantar semula bukannya keseluruhan mesej.  Apabila Device 1 menghantar fail yang besar kepada Device 2, fail akan dipecahkan kepada paket-paket dan dihantar paket demi paket.



Fasa 5 : Apabila Device 1 menghantar paket kepada Device 2, ia melaksanakan pengiraan matematik (manipulasi) kepada setiap unit data yang dihantar.  Pengiraan ini akan dihantar kepada Device 2 selepas mesej.  Device 2 akan melaksanakan proses pengiraan matematik yang sama pada data tersebut seperti yang dilakukan oleh Device 1. Device 2 akan membaca pengiraan yang dihantar oleh Device 1 dan membandingkannya dengan pengiraan yang telah dibuat. Jika kedua-dua pengiraan memberikan hasil yang sama, maka diandaikan bahawa mesej yang masuk tidak rosak/tidak hilang.  Device 2 akan menghantar respon ACK positif kepada Device 1 untuk menunjukkan bahawa ia bersedia untuk menerima mesej seterusnya.  Sekiranya kedua-dua pengiraan tidak konsisten, maka dianggap bahawa data telah rosak (corrupted) dan Device 2 akan mengeluarkan respon ACK negatif kepada Device 1, menunjukkan bahawa mesej data tersebut perlu dihantar semula.


Fasa 6 :
Device 1 akan menghantar fail dalam pecahan paket dan memastikan paket-paket tersebut diterima oleh Device 2 dengan betul dalam fasa kelima.  Setelah bahagian terakhir dari fail telah dihantar ke Device 2 dan respon ACK positif diterima maka Device 1 akan menghentikan penghantaran.  Device 1 akan menghantar mesej penamatan penghantaran (end of transmission) kepada Device 2.  Ini membolehkan Device 2 memberhentikan proses penyimpanan data dan meneruskan dengan tugas yang lain.

















Sekian, Terima Kasih.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

3 SERVER FORM FACTOR

MAIN DISTRUBUTION

PENERANGAN RINGKAS RANGKAIAN