Peranti Server dan Rangkaian

Pemahaman tentang Teknologi Rangkaian

  1. Server
  2. Fungsi-fungsi Server (ROLE)
  3. UPS
  4. KVM
  5. Jenis Kabel Rangkaian
  6. Network Printer
  7. IP address
  8. Subnet Mask
  9. Gateway




1. Server
  • Server adalah sebuah sistem komputer yang menyediakan jenis layanan (services) tertentu dalam sebuah jaringan komputer.
  • Server disokong oleh processoryang bersifat scalable dan RAM yang besar.
  • Mempunyai OS yang khas untuk mengoperasikan komputer server tersebut.



2. Fungsi-fungsi Server

     Terdapat  tiga jenis fungsi utama server:

  i. Server Aplikasi                                                                                                            
  = Digunakan untuk menyimpan aplikasi yang dapat diakses oleh client.

 ii. Server Data
  = Digunakan untuk menyimpan berbagai data, baik data yang belum diubah menjadi informasi.     
     Data ini dapat diakses oleh client dengan bantuan aplikasi yang ada di server.

iii. Server Proxy
  = Berfungsi untuk mengatur lalu lintas di jaringan melalui pengaturan proxy. Semua orang lebih
     kenal server proxy ini untuk menyambungkan komputer client ke Internet.



3. UPS (Uninterrupted Power Supply)

  • UPS adalah sebuah alat tambahan pada rangkaian komputer.
  • Berfungsi sebagai sandaran untuk menyimpan tenaga elektrik.
  • Mengelakkan komputer mati secara tiba-tiba  jika berlaku putus bekalan eletrik.
  • Berfungsi sebagai penstabilan kuasa tenaga elektrik supaya dapatr mengelakkan komputer berlaku litar pintas atau mudah rosak.



4. KVM (Keyboard, Video, Mouse)
  • KVM ialah peranti perkakasan yang membolehkan pengguna mengendalikan berbilang komputer daripada satu atau lebih set papan kekunci, monitor video dan tetikus. 
  • Beberapa komputer disambungkan ke KVM, biasanya bilangan komputer yang lebih kecil dapat dikendalikan pada waktu tertentu.
  • Peranti moden juga telah menambah keupayaan untuk berkongsi peranti lain seperti peranti USBB dan audio.




5. Jenis-jenis Kabel Rangkaian
    
-Cable Coaxial
Merupakan satu jenis kabel komputer yang agak lama dan hampir tidak digunakan lagi pada sebuah sistem rangkaian komputer. 

-Twisted Pair Cable
  • Terbahagi kepada dua iaitu UTP (Unshielded Twisted Pair) yang tidak mempunyai lapisan perlindungan dalam kabel tersebut berbanding dengan STP (Shielded Twisted Pair) yang mempunyai lapisan perlindungan dalam kabelnya.
  • Pada umunya digunakan untuk sebuah jaringan kecil seperti rangkaian atau LAN. 
  • Terdapat beberapa kategori yang ada sekarang ini: (rujuk gambarajah diatas)


-Cable Fiber Optic
  • Jenis kabel yang terdiri atas kumpulan serat-serat fiber, dengan saiz yang lebih kecil dan juga lebih fleksibel berbanding dengan kabel twisted pair.
  • Digunakan untuk keperluan rangkaian secara umum, bahkan saat ini rangkaian internet di rumah anda pun sudah banyak menyokong penyambungan menggunakan fiber optic.




6. Network Printer (Pemasangan Printer Rangkaian)
  • Pencetak rangkaian adalah pencetak yang boleh diakses oleh sambungan rangkaian, menjadikannya boleh digunakan oleh komputer lain yang disambungkan ke rangkaian.
  • Terdapat dua jenis pencetak rangkaian iaitu berwayar dan tidak berwayar. 




7. IP Address
  • Setiap mesin rangkaian mempunyai pengecaman unik.
  • IP Address yang berbeza dan setiap komputer mempunyai IP Address yang berbeza dan setiap setaip satu IP Address adalah sangat unik.
  • Ianya berfungsi sebagai peti surat untuk rangkaian dan Internet.
  • Menggunakan protokol TCP/IP sebagai standard untuk cara berkomunikasi di rangkaian.



8. Subnet Mask

  •  Subnet Mask adalah topeng yang digunakan untuk menentukan apa subnet alamat IP milik.
  • IP mempunyai dua komponen, alamat rangkaian dan alamat hos.



9. Gateway

  • Gateway adalah peranti yang boleh memudahkan pengguna komputer dan Internet.
  • E-Mel ialah salah satu aplikasi yang menggunakan gateway ini berfungsi untuk menghubungkan sebuah jaringan komputer yang lain dengan protokol berbeza.
  • Fungsi lainnya ialah hardware sharing dan memudahkan akses informasi.

Sekian, Terima Kasih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

3 SERVER FORM FACTOR

MAIN DISTRUBUTION