Pemasangan LAN

Pemasangan Rangkaian LAN
di kawasan Makmal REDHAT KVLD.

Peralatan yang perlu disediakan untuk membina rangkaian LAN ialah:
  1. Switch
  2. Crimping Tool
  3. RJ45
  4. Cable Cat 5e
  5. Cable Tester

Objektif Kajian:
  • Sharing Printer
  • Sharing Internet

PERINGATAN - Pastikan Wi-Fi sudah dimatikan sebelum membuat Sharing Printer dan Sharing Internet tersebut. Pastikan juga Switch dalam keadaan yang boleh diguna dan kabel mengikut urutan warna yang betul dan elok.


           Dalam pemasangan rangkaian LAN ini, kami menggunakan kabel jenis "Straight Cable" untuk membuat sambungan dari satu komputer ke 5 buah komputer yang lain menggunakan Switch, dan kami juga menyambungkan printer dan router pada Switch untuk membuat perkongsian dalam satu rangkaian.

  •  Pertama sekali, kami menyambungkan komputer dalam kumpulan kami terlebih dahulu menggunakan Switch dan Patch Cord UTP.
  • Dalam kumpulan kami ada 5 buah komputer.
  • Kemudian kami meletakkan IP Address (IPV4) di setiap komputer yang berbeza.
  • Setelah itu, kami membuat pengujian ping test pada komputer dalam Command Promp.


Selesai kami membuat pengujian ping test pada komputer dan telah berjaya, kami membuat Sharing Printer...

  • Kami memasang driver Printer pada salah satu sebuah komputer untuk dibuat komputer pusat perkongsian.
  • Selesai memasang driver printer di komputer tersebut, kami pergi ke Control Panel dan klik pada Hardware and Sound > Devices and Printers.
  • Kami menetapkan driver printer yang berjenama Brother MFC yang telah kami pasang itu sebagai tetapkan pencetak lalai.
  • Setelah semua langkah tersebut dilakukan pada setiap komputer dalam kumpulan kami, kami mencuba mencetak sehelai gambar dari semua komputer ke printer Brother MFC secara bergilir-gilir tanpa bergerak dari tempat duduk masing-masing.
  • Hasilnya, gambar dari setiap komputer di kalangan kami semua pun dapat dicetak. 
  • Kami semua berjaya membina Sharing Printer. 


          Seterusnya, rangkaian yang kami telah bina selepas Sharing Printer ialah Sharing Internet.

  • Langkah pertama, kami mengubah semula setiap IP Adddress (IPV4) kepada Obtain an IP Address automaticallly.
  • Kami melakukannya begitu kerana apabila komputer kami sudah bersambungan dengan Internet melalui Ethernet, secara tidak langsung IP Address (IPV4) pun yang diberikan oleh Internet adalah secara rawak dan automatik.
  • Berbalik semula kepada selepas mengubah IP Address tadi, kami menyambungkan sebuah router ke switch untuk sambungan perkongsian Internet menggunakan UTP patch cord.
  • Setelah tidak lama kemudian, komputer kami dapat mengakses Internet dalam setiap 5 buah komputer dalam kumpulan kami.
  • Kami berjaya juga membina Sharing Internet.

Itulah langkah-langkah yang kami sekumpulan telah lakukan untuk membina Sharing Printer dan Sharing Internet.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

3 SERVER FORM FACTOR

PENERANGAN RINGKAS RANGKAIAN

Peranti Server dan Rangkaian